Friday, June 10, 2011

Di Atas Sajadah Cinta


Apa jadinya bila seorang pemuda soleh digoda oleh wanita cantik? Kepada para pelaku pornografi dan pornoaksi, boleh mengambil hikmah dari kisah ini. Kecantikan dan keindahan tubuh adalah ujian. Kisah ini pun boleh menjadi inspirasi bagi da’i dalam berdakwah. Bahawa berda’wah itu harus lemah lembut, bukan dengan kekerasan ataupun caci maki kepada pelakunya. Kerana hati, hanya boleh disentuh oleh hati. Selamat membaca.

Rabi’ bin Khaitsam adalah seorang pemuda yang terkenal ahli ibadah dan tidak mahu mendekati tempat maksiat sedikit pun. Jika berjalan pandangannya tertunduk. Meskipun masih muda, kesungguhan Rabi’ dalam beribadah telah diakui oleh banyak ulama dan ditulis dalam banyak kitab. Imam Abdurrahman bin Ajlan meriwayatkan bahawa Rabi’ bin Khaitsam pernah shalat tahajjud dengan membaca surat Al Jatsiyah. Ketika sampai pada ayat keduapuluh satu, dia menangis. Ayat itu artinya, “Apakah orang-orang yang membuat kejahatan (dosa) itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka sama dengan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka. Amat buruklah apa yang mereka sangka itu!”

Seluruh jiwa Rabi’ larut dalam penghayatan ayat itu. Kehidupan dan kematian orang berbuat maksiat dengan orang yang mengerjakan amal sholeh itu tidak sama! Rabi’ terus menangis tersedu dalam shalatnya. Ia mengulang-ngulang ayat itu sampai terbit fajar.

Kesolehan Rabi’ sering dijadikan teladan. Ibu-ibu dan orang tua sering menjadikan Rabi’ sebagai profil pemuda alim yang harus dicontoh oleh anak-anak mereka. Memang selain ahli ibadah, Rabi’ juga ramah. Wajahnya tenang dan murah senyum kepada sesama.

Namun tidak semua orang suka dengan Rabi’. Ada sekelompok orang ahli maksiat yang tidak suka dengan kezuhudan Rabi’. Sekelompok orang itu ingin menghancurkan Rabi’. Mereka ingin mempermalukan Rabi’ dalam lembah kenistaan. Mereka tidak menempuh jalur kekerasan, tapi dengan cara yang halus dan licik. Ada lagi sekelompok orang yang ingin menguji sampai sejauh mana keteguhan iman Rabi’.

Dua kelompok orang itu bersekutu. Mereka menyewa seorang wanita yang sangat cantik rupanya. Warna kulit dan bentuk tubuhnya mempesona. Mereka memerintahkan wanita itu untuk menggoda Rabi’ agar boleh jatuh dalam lembah kenistaan. Jika wanita cantik itu boleh menaklukkan Rabi’, maka ia akan mendapatkan upah yang sangat tinggi, sampai seribu dirham. Wanita itu begitu bersemangat dan yakin akan boleh membuat Rabi’ takluk pada pesona kecantikannya.

Tatkala malam datang, rencana jahat itu benar-benar dilaksanakan. Wanita itu berdandan sesempurna mungkin. Bulu-bulu matanya dibuat sedemikian lentiknya. Bibirnya merah basah. Ia memilih pakaian sutera yang terindah dan memakai wewangian yang merangsang. Setelah dirasa siap, ia mendatangi rumah Rabi’ bin Khaitsam. Ia duduk di depan pintu rumah menunggu Rabi’ bin Khaitsam datang dari masjid.

Suasana begitu sepi dan lenggang. Tak lama kemudian Rabi’ datang. Wanita itu sudah siap dengan tipu dayanya. Mula-mula ia menutupi wajahnya dan keindahan pakaiannya dengan kain hitam. Ia menyapa Rabi’, “Assalaamu’alaikum, apakah Anda punya setetes air penawar dahaga?”

“Wa’alaikumussalam. Insya Allah ada. Tunggu sebentar.” Jawab Rabi’ tenang sambil membuka pintu rumahnya. Ia lalu bergegas ke belakang mengambil air. Sejurus kemudian ia telah kembali dengan membawa secangkir air dan memberikannya pada wanita bercadar hitam.

“Bolehkah aku masuk dan duduk sebentar untuk minum. Aku tak terbiasa minum dengan berdiri.” Kata wanita itu sambil memegang cangkir.

Rabi’ agak ragu, namun mempersilahkan juga setelah membuka jendela dan pintu lebar-lebar. Wanita itu lalu duduk dan minum. Usai minum wanita itu berdiri. Ia beranjak ke pintu dan menutup pintu. Sambil menyandarkan tubuhnya ke daun pintu ia membuka cadar dan kain hitam yang menutupi tubuhnya. Ia lalu merayu Rabi’ dengan kecantikannya.

Rabi’ bin Khaitsam terkejut, namun itu tak berlangsung lama. Dengan tenang dan suara berwibawa ia berkata kepada wanita itu, “Wahai saudari, Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya.” Allah yang Maha pemurah telah menciptakan dirimu dalam bentuk yang terbaik. Apakah setelah itu kau ingin Dia melemparkanmu ke tempat yang paling rendah dan hina, yaitu neraka?!

“Saudariku, seandainya saat ini Allah menurunkan penyakit kusta padamu. Kulit dan tubuhmu penuh borok busuk. Kecantikanmu hilang. Orang-orang jijik melihatmu. Apakah kau juga masih berani bertingkah seperti ini ?!

“Saudariku, seandainya saat ini malaikat maut datang menjemputmu, apakah kau sudah siap? Apakah kau rela pada dirimu sendiri menghadap Allah dengan keadaanmu seperti ini? Apa yang akan kau katakan kepada malaikat munkar dan nakir di kubur? Apakah kau yakin kau boleh mempertanggungjawabkan apa yang kau lakukan saat ini pada Allah di padang mahsyar kelak?!”

Suara Rabi’ yang mengalir di relung jiwa yang penuh cahaya iman itu menembus hati dan nurani wanita itu. Mendengar perkataan Rabi’ mukanya menjadi pucat pasi. Tubuhnya bergetar hebat. Air matanya meleleh. Ia langsung memakai kembali kain hitam dan cadarnya. Lalu keluar dari rumah Rabi’ dipenuhi rasa takut kepada Allah swt. Perkataan Rabi’ itu terus terngiang di telinganya dan menggedor dinding batinnya, sampai akhirnya jatuh pingsan di tengah jalan. Sejak itu ia bertobat dan berubah menjadi wanita ahli ibadah.

Orang-orang yang hendak memfitnah dan mempermalukan Rabi’ terkejut mendengar wanita itu bertaubat. Mereka mengatakan, “Malaikat apa yang menemani Rabi’. Kita ingin menyeret Rabi’ berbuat maksiat dengan wanita cantik itu, ternyata justru Rabi’ yang membuat wanita itu bertaubat!”

Rasa takut kepada Allah yang tertancap dalam hati wanita itu sedemikian dahsyatnya. Berbulan-bulan ia terus beribadah dan menghiba ampunan dan belas kasih Allah swt. Ia tidak memikirkan apa-apa kecuali nasibnya di akhirat. Ia terus shalat, bertasbih, berzikir dan puasa. Hingga akhirnya wanita itu wafat dalam keadaan sujud menghadap kiblat. Tubuhnya kurus kering kerontang seperti batang korma terbakar di tengah padang pasir. [Sang Hikmah]

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1OrMlssjw

Thursday, June 2, 2011

Jangan Tinggalkan Saudara Kita




Cerita ini saya dengar dalam satu ceramah, nanti boleh cerita kepada orang lain untuk sama-sama ambil pengajaran.

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda alim yang bernama Yazzid. Dia seorang yang sangat patuh pada arahan Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Pada satu hari, Yazzid terdengar satu suara.

"wahai Yazzid, nanti di akhirat kelak kau telah dijanjikan dengan syurga yang indah. Di syurga nanti, kau akan berjiran dengan seseorang.. Maka esok kau pergilah mencarinya di satu perkampungan."

Apabila Yazzid tersedar, dia terus mencari jirannya di syurga itu di perkampungan yang dinyatakan dalam mimpinya itu. Jalan punya jalan punya jalan. Yazzid pun tiba di perkampungan itu.

Lalu dia bertanya akan jirannya di syurga itu kepada seorang penduduk di situ. Penduduk di situ menjawab, "Rumah orang yang kau nyatakan itu ,berada di hujung kampung sana. Tapi, aku nasihatkan engkau agar tidak pergi kerana rumahnya berbahaya".

Yazzid pelik..tapi dia teruskan juga mencari jirannya di syurga itu. Apabila tiba di rumah jirannya di syurga itu, dia sangat terkejut. Melalui pintu rumahnya yang terbuka itu, dilihatnya ramai manusia yang menari-nari sambil meminum arak.

Yazzid sangat terkejut. Yazid membisik di dalam hati,"ish..mustahil jiranku di syurga tinggal di sini. Rumah ini penuh dengan peminum arak.mustahil, mustahil."

Untuk menambahkan keyakinannya lagi. Yazzid menghampiri rumah tersebut lebih dekat. Di tengah-tengah manusia yang minum arak itu, didapatinya seorang lelaki yang sedang duduk sahaja. Tidak menari, tidak minum arak. Hanya duduk semata-mata. Yazzid bermonolog di dalam hatinya,"hurm...lebih baik aku pulang. Tiada apa yang jumpa di sini."

Apabila Yazzid mahu mula mengorak langkah pulang, tiba-tiba....

"Wahai Yazzid, jiranku di syurga. Sudah mahu pulangkah engkau? Mengapa tidak masuk menjengukku. Bukankan itu tujuanmu datang ke sini? Sudah jauh engkau berjalan, marilah masuk sekejap."

Lelaki yang duduk di tengah-tengah mereka yang meminum arak itu memanggilnya. Yazzid terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui tujuan kedatangannya ke sana melainkan dirinya dan Allah sahaja. Namun, diturutkan sahaja. Yazzid ikut lelaki itu masuk ke dalam rumah itu.

Yazzid berasa pelik dan sangat janggal berada di situ. Apabila melihat riak wajak Yazzid yang penuh kepelikan itu, lelaki a.k.a jirannya di syurga itu berkata,

"Mengapa Yazzid ? Pelik ke engkau? Wahai Yazzid, untuk pengetahuanmu, sebelum ini masih ramai lagi seperti mereka ini(sambil menunjuk ke arah manusia-manusia yang mabuk meminum arak itu).

Namun, Yazzid, sudah ramai yang kembali ke jalan yang benar semula. Dan sekarang tinggal ini sahaja. Adakah engkau seorang sahaja mahu ke syurga-Nya dan biarkan mereka ini tercampak ke neraka? Makanya, Yazzid, sekarang giliranmu telah tiba untuk menyeru mereka ke jalan yang benar..."

Apabila mendengarkannya, Yazzid terduduk mendengarnya lalu menangis....

Pengajaran yang dapat daripada kisah ini, kita sebagai saudara, seharusnya nasihat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, kembali mengingati dan beriman kepada Yang Maha Esa.

Kita sebagai sahabat dan saudara mereka, mahu tinggal di syurga-Nya bersama-sama dan rasanya tidak ada sesiapa pun yang mahu mencampakkan saudara dan sahabat kita ke neraka dengan membiarkan mereka terus lari daripada Allah. Harap dapat pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'alam.